Gunung ke-3 yg berjaya ditawan..entry sebelum nie cerita pasal 'our group the dove'KLIKhttp://sitisitusanasinisiti.blogspot.com/2013/01/our-group-dove-2012.html tp kali nie bersama 'opss mawar'..ahli2 yang aku x pernah kenal..
Kami mula mendaki seawal jam 8.00 pagi.. kelewatan sikit disitu..sepanjang perjalan masih santai dah masih bertenaga.. kami akan merentasi laluan balak dimana laluan untuk menuju ke kem lolo..Alhamdulillah kami selamat sampai seawal 11.00 di kem lolo..
si organiser.. abg sharum.. a.k.a ronie~|
ape barang lu naik moto.. :D
subhanAllah~cantik kan~
selesai pasang khemah..isi perut dulu..relex2 kan badan..dan kami bertolak untuk menuju ke puncak pada jam 12.00 tgh hari..pendakian ke puncak diwakili 2 guide.abg.nirwan n abg ridz..target sampai ke puncak selewat2nya sebelum jam 5 petang.. x sampai puncak kami terpaksa turun.. haaa??
gila kau penat2 naik x sampai puncak kena turun.. 'INI SEMUA EMOSI'
Untuk sampai ke puncak kami akan merentasi 2 checkpoint..kem pacat dan puncak pengasih..kami tiba di kem pacat seawal jam 2.00 dengan hujan yang lebat.. kami rehat 15 mnt di kem pacat..disebabkan hujan..trek yg 8o% tanah merah menyukarkan lagi kami untuk naik..dan akhirnya.. kami sampai ke puncak tepat jam 5.00..hahah.. berjaya.. tp sejuk dia jangan cerita la.. nasi lemak yg ditapau dah xde rupa n.lemak ..roti butterschooth yang dibawa pelbagai bentuk dah.. tp itu semua 'EMOSI'..
kami diberi 1 jam jer sesi bergambar..naik 5 jam..duduk kat puncak skejap je.. :p menariknya dapat bagi tupai nuang makan u olls..sombong jgak tupai tu..kami turun jam 6.00 petang.. dan target sampai ke kem pacat dlm 7.30..nak dijadikan cerita.. cuaca makin gelap..headlamp yg baru dibeli di uptown shah alam tu.. rosak??hanya lampu signal je ad..ala kelip2 merah tu..redha..so kami berpecah.. lan first man ..ija k.haja dan k.ijat..kami sampai ke kem pacat jam 7.30 mcm tu la..dan yg lain 15 mnt kemudian sampai..
jadi kami berkumpul di kem pacat dan turun pada jam 8.00 malam..mental dan emosi kena kuat..kami teruskan perjalanan ke base camp kami.. daging masak merah ..ayam goreng dan nasi panas menanti..dua org dr ahli kami telah menyediakan makanan kami dibawah.. untung u olls.. ija camp xpernah makan mewah2 mcm nie..jalan punya jalan kami x sedar dah jauh meninggalkan kawan2 yg lain..so kami berempat sahaja..hanya dibekalkan 2 headlamp..dlm perjalan terserempak dgn abg shahrum salah sorang ahli kami yg stay kat kem lolo.. dia tanya ahli yg lain mana.. sebb ada budak petronas sesat..aku igt belakang tu member petroNas teman abg sharum nak cari kawan dia yg sesat tu.. rupanya tu' EMOSI'..
Yang boleh aku cerita kat sini sepanjang perjalan turun tu macam2 dugaan..dan akhirnya lan melaungkan azan..lutut goyang beb..xpe la..tempat 'dia' mungkin..@ ini semua EMOSI..hahha..dan akhirnya sampai ke kem lolo jam 10.00 malam..sungai memanggil mangil ajak dating.lama jgak berendam..kami dinner jam 12 ..fuhh..ayam goreng yg sepatutnya dijadikan menu bbq..tp disebabkan kayu api basah.. goreng pun sodapp..daging masak merah terbaik.. thanxs k.sham n k.jija.. kalau mereka naik kepuncak pukul brapa la kami nak makan kan??hehhe..
malam tu ad ice breaking..dapt la kenal dr dekat ngan otai2 gunung nie..dan satu pengalaman dapat jgak duduk lepak depan bara api.. selalu champing ashik hujan je..dan pertama kalinya aku tidur dengan lenanya dalam khemah..badan ok sejuk pun ok..
Morning!!kunun2 nak bgn lambat.. jam 7.00 jgak ak bangun.. menu pagi tu n.goreng sambal ikan bilis n telur rebus..sepatutnya ad cekodok.almaklumlah semua keletihan..kami kemas barang2 kami dan meneruskan perjalan pulang pada jam 11.00..dan yang pasti head lamp yg rosak mlm td tu.. suda boleh menyala..ok!!!
sampai ke pintu gerbang jam 1.30 tgh hari..dan hujan pun turun lagi..heheh..sekian~
oiii!!dapat air coke oi!!!fuhhh~
Ahli-ahli yang terlibat:
sharum a.k.a ronnie:
nirwan:
ridz
tajul a.k.a kuchai
zaman:
sham:
thimah:
next ke g.angsi -june2013-
No comments:
Post a Comment